Monday 26 December 2011

Rambut Sama Hitam Tapi Hati Lain2..

Salam semua..

Entry aku kali ni berbaur kecewa. Aku kecewa dengan rakan seperjuangan. Rakan yang lupa asal usulnya dari mana. Rakan yang tak kenang budi dan jasa yang pernah kita taburkan suatu ketika dulu. Mungkin jasa aku nilainya tak seberapa..atau mungkin jugak tak bernilai langsung di mata dia. Ok fine.. aku takkan halalkan ilmu yang pernah aku berikan dulu selagi dia masih bersikap biadap dengan aku. Aku tak suruh dia sembah kaki aku..aku tak suruh dia jilat kaki aku.. Kalau semua orang berperangai macam dia..terbalik lah dunia ni dalam sekelip mata. Yang baik jadi jahat di mata orang tanpa perlu soal selidik.. Aku menyesal setelah penat berkongsi ilmu dengan manusia (mgkin jugak tak sesuai utk aku gelarkan dia manusia) macam ni. Aku nekad..kerja aku..aku buat sendiri..kerja kau..kau buat sendiri. Jangan nak cuba2 mintak tolong dari aku..sampai mati pun aku takkan tolong. Kau bagus..kau tak pernah menindas orang..jadi buatlah apa saja yang kau rasa kau suka.

Saturday 12 November 2011

Mana pergi orang yang suka tayang duit kat FB?

Salam..

Aku online fb..tiba2 aku terbaca status fb seorang kawan berbunyi " mana p orang2 yang dok tayang duit kat fb ni ekk" ..hmm..aku baru sedar..aku pun dah jarang nampak gambar duit dlm fb ni. Beberapa bulan lepas wall aku penuh dengan gambar duit saja..orang tu tag..orang ni tag..huh..berbulu mata aku tiap2 hari tgk gambar duit. Mula2 tu aku pun macam berminat jugak nak tau macam mana depa ni boleh senang2 saja dapat duit..Aku tanya sorang member yang buat menda alah tu..dia kata, hang tengok dulu aku buat berjaya ka dak..kalau aku berjaya..hang register bawah aku.. Aku pun tunggu la nak tengok dia berjaya ka dak..tapi sampai harini dia tak contact aku suruh aku join dia pun..tak berani la nak kata dia berjaya ka dak..

Pada aku..benda2 macam tu biasanya dia bermusim..dia mai sekali, sapa yang awai..orang tu la yang dapat untung dulu..yang last2 tu makan kerak saja la..dan aku pulak bukan jenis yang berani nak terima risiko..tambah2 lagi kalau melibatkan duit...aku kedekut oii..yala bukan senang aku nak simpan duit sikit2 ni pun..tapi terpulang pada diri masing2 la..ada yang buat..berjaya.. ok la kan..Apa pun, elok kita berfikir elok2 dulu sebelum nak buat sesuatu perkara..jangan main redah saja.. Sekian.

Blog Bersarang Labah

Assalamualaikum,

Aku tau blog aku kosong..tapi orang kata elok kalau bagi salam dulu sebelum kita masuk ke sesuatu tempat walaupun tempat tu tak berpenghuni. Mungkin ada penghuni yang kita tak nampak..aiyoo..apa tu..seram pulak aku..

Dah hampir sebulan aku tinggalkan blog ni..tinggal tanpa sebarang pesanan maupun SMS..ok aku akui..aku berada di dalam tahap kemalasan yang maksimum. Kenapakah aku dilanda penyakit malas ini?? Ok jawapannya ada pada aku sekarang..aku +tive pregnant anak kedua. Yeayy..tahniah pada diri aku dan suami aku..

Early pregnancy memang menyiksakan..morning sickness aku agak teruk kali ni..muntah2, pening, loya..sakit2 badan..semua tu masih aku alami hingga sekarang..Tambahan pulak encik suami terpaksa bertugas di Bintulu selama 2 bulan. Tinggallah aku bersama puteri comel kami di sini..menjeruk hati menunggu kepulangan si abah supaya kami dapat bermanja lagi.

Di pejabat..aku sekali lagi terjerat..terpaksa bekerja sendirian dalam keadaan aku yang berdiri pun rasa nak tumbang ni..apakan daya aku kuli, nak kerja buat cara nak kerja la kan..kalau banyak songeh nanti dia buang kerja kau jugak yang melopong ye tak..ok aku redha..mungkin ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku ni. Pasrah.

Dan 2 hari yang lalu..aku tersentak bila dikejutkan dengan kematian rakan sekelas ketika di sekolah menengah. Arwah Siti Hajar binti Mohamad..meninggal terbabit kemalangan di Slim River masa dalam perjalanan membawa rombongan sekolah ke Genting Highland. Bagaikan mimpi.. selama ni kita asyik fikir akan mati bila dah tua nanti..kuasa Tuhan siapa yang tau..sekelip mata dia boleh ambik semua..Kan kita semua ni milik Dia..

Itu semua rentetan suka duka..liku2 perjalanan hidup aku sepanjang sebulan ni..entah apa lagi yang bakal aku hadapi kelak.. Sama2 kita doakan agar hidup kita sentiasa berada di bawah lindunganNya.. Amin.

Monday 17 October 2011

Sapa pernah mengail cicak???

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cicak
frames
Pengelasan saintifik
Alam:Haiwan
Filum:Kordata
Kelas:Reptilia
Order:Squamata
Famili:Gekkonidae
[[{{{Ksubspesies}}}]]
Subfamili:
Aeluroscalabotinae
Eublepharinae
Gekkoninae
Teratoscincinae
Diplodactylinae

Cicak merupakan sejenis reptilia yang berdarah sejuk dan bertelur. Reptilia ini mampu memanjat dinding yang tegak dan licin seperti cermin. Kajian yang dilakukan oleh pakar sains mendapati bahawa telapak kaki cicak mempunyai rerambut halus yang mewujudkan daya lekatan pada tahap nano. Cicak juga mempunyai keupayaan untuk memutuskan ekornya apabila diancam. Dengan itu, musuhnya akan terperanjat ketika ekornya mengeliat-geliat sementara cicak melarikan diri.

Ok..back to our main topic. Sapa pernah mengail cicak?? Aku penah hehehe..mesti korang tertanya-tanya mengail cicak nak buat apa.. Sebenarnya saja-saja jer, tengok cicak mabuk kemudian..kedepekkkk jatuh ke lantai..Masa aku kecik-kecik dulu, aku selalu buat sampai cicak nampak aku pun depa lari terus. Kira time tu taik cicak memang takdak langsung kat lantai.

Aku mengail cicak pakai umpan tembakau dengan kapur (makan). Proses nak buat dia mudah sangat2..ambik kapur, leperkan..lepas tu gentel tembakau sebesar taik hidung taik cicak..letakkan kat tengah2 kapur dan gentel jangan bagi tembakau terkeluar. Lepas tu ambik sebatang lidi yang paling panjang. Cucuk kapur berisi tembakau tadi kat hujung lidi. Then bila dah ready, slow2 bawak lidi tadi dan cari la mangsa (cicak)..hehehe.. Aku selalu pegang lidi tu buat macam rama2 kecik dok terbang kat kepala cicak. Kan cicak suka makan rama2 kecik yang kaler putih tu..kalau korang perasan la. Bila kita main2 kat cicak..cicak akan gigit kapur tadi..dan secara tak sengaja dia akan termakan tembakau sekali. Tu pasal la dia jadi mabuk..dan jatuh ke lantai. Aku penah buat, pastu aku kumpul cicak dalam plastik. Geli memang geli..tapi time budak2 geli dia kurang sikit.. Aku pun tak pasti aku kumpul tu untuk apa..tp yang nyata kesan mabuk dia sat saja..hilang mabuk tu dia pun lari la.. Jadi kalau takmau bagi dia lari..cepat2 la bunuh atau bagi ja kat kucing. Kucing kat rumah aku pulak kalau makan cicak, mesti dia tinggal bahagian kepala. Dia makan badan saja. Mungkin kat belah kepala tu pahit ka apa..hanya kucing yang tau..

Sekarang ni aku tak penah buat dah sebab tadak tembakau kat rumah. Lagipun cicak sekarang putih2 gebu aku tengok..geli aihh.. Tapi kalau ada sapa yang nak cuba tu silakan la..cuma tak pasti cicak mau makan ka dak..hehehe cicak zaman sekarang mungkin tak sama dengan cicak zaman 20 tahun lepas punya kan..Apa pun, pengalaman tu akan aku kenang sampai bila2..

Saturday 15 October 2011

Roti Coklat Resepi Si Pemalas

Salam sejahtera..


Cuti yang sangat menyeronokkan..aku habiskan masa lapang dengan menjahit dan membuat roti coklat. Memandangkan mood untuk membuat roti tu agak kurang ok..maka aku pun serahkan segala tugas kepada menatang bread maker (BM) tu sepenuhnya. Aku sediakan semua bahan-bahan dan campak semua masuk dalam BM..lepas 3 jam..roti pun siap untuk dimakan.. Mula2 aku ingat nak suruh BM tu buat dough jer..tapi mengenangkan aku tak berapa nak rajin..jadi apa salahnya aku bagi je tugasan tu kat BM..lagipun memang tu pun kerja dia.


ROTI COKLAT
  • 1 biji Telur
  • 200  ml air
  • 100 ml Susu segar
  • 450 g Tepung roti
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu teh garam
  • 70 g gula pasir
  • 25 g mentega
  • 1 sudu besar yis mauripan
1)      Masukkan telur, air dan susu segar ke dalam BM.
2)      Kemudian baru masukkan tepung roti, serbuk koko, garam gula,    mentega dan yis.
3)      Setkan BM  pada no 1 atau BASIC.
4)      Selepas 3 jam, roti akan siap dan sedia untuk dimakan..
Roti ni kalau kita campur kismis lagi best..tapi aku tak letak apa-apa sebab nanti kalau cucu sedara aku makan, semua tu dia kutip buang satu-satu. Membazir jer..lebih baik buat roti kosong..hehehe..


Monday 10 October 2011

Blogger Lama..Blogger Baru..

Assalamualaikum..


Aku nak bgtau..aku ni adalah blogger baru,
dan aku respect sama blogger2 yang dah lama berblog.
Kadang-kadang aku fikir macam mana benda remeh pun depa boleh jadikan topik..dan hit pulak tu..Err..ada ke blogger pi minta ubat kat tok moh nak bg blog dia laris ekkk..kalau restoran siam pakai tok moh tu aku tau la..

Kadangkala rasa macam ada topik yang nak diceritakan..tapi bila buka blog, terus rasa malap.Blogger lama kata, macam mana nak maju kalau blog pun bersawang..malas nak update..Btoi2..aku setuju, tapi masalahnya aku rasa macam topik yang aku buat tu tak best.

Aku rasa..aku kena pi bertapa..menuntut ilmu blog la kot baru boleh bergerak jauh sikit..banyak blog aku baca..semua kata kita kena rajin update..kena rajin buat blog walking..kena tinggalkan kesan degil jejak bila masuk blog orang..dan semua yang aku listkan tadi aku malas nak buat..huhu..apa nak jadi la gamaknya ni..

Aku kena buat sesuatu..ya..aku nak pi makan..lupakan hal blog seketika..yahuuuu....

Saturday 1 October 2011

Menangis tanda sedih atau gembira?

Kenapa bila kita menangis...
pastu ada orang pujuk..
hati kita lagi tambah sedih..
rasa sayu kian bertambah..
airmata yang dah nak berhenti pun makin laju keluar..
kenapa yer???
Itu aku la..
masa kecik2 kalau aku nangis,
(arwah) bapak aku selalu pujuk,
 usap2 kepala..
hasilnya aku nangis makin kuat..hehehe..

Thursday 15 September 2011

Kek Marble Oreo

Kek ni sangat sedap..aku tak pasti dari mana resepi asal ni diambil. Aku terjumpa masa cari resepi kat rumah..dan aku olah ikut citarasa sendiri..dan hasilnya sangat memuaskan tekak aku sekeluarga..serta mendapat banyak pujian dari sanak saudara yang berkunjung masa hari raya lepas..



Aku tak pandai memasak..kek ni pun kebetulan jer sedap dan menjadi. Kalau nak dibandingkan kek aku dengan kek tukang2 masak yang handal2 tu..tak layak la aku..hehehe.. kek aku ni masih taraf bawahan lagi. Jadi kepada rakan2 yang nak mencuba tu..silakan yer..tapi kalau tak sedap..pandai2 la olah supaya jadi sedap ok..:-)

p/s : resepi menyusul lambat skit yer..aku asyik terlupa nak taip balik..raja M sedang berkuasa di dalam diri..huhu

Projek BM @ Bread Maker

Assalamualaikum..

En. Suami hadiahkan aku BMW  BM..@ bread maker..sungguh teruja.. Ni antara gambar2 roti yang aku buat. Cantik tau..kalau sesapa tengok nampak tak cantik..cepat2 p buat spek mata baru yer..dan lupa nak habaq..bukan setakat cantik..malah SEDAP..







Bawang besar dicincang halus..

Sardin

Inti sardin yang dah siap dimasak.





Roti Sardin

Chicken Chop

Hai semua..hehe..aku berangan macam la ramai yang dok menjengah blog aku ni..Padahal aku sorang ja yang ada..Takpa, aku tulis blog ni untuk rujukan aku jugak nanti.Kadang2 bila kita masak atau buat sesuatu..tak selalu akan menjadi. Tapi bila time menjadi tu kita perlu buat sedikit catitan supaya tak lupa dan boleh ulang balik pada masa akan datang..Entry kali ni tiada resepi..cuma beberapa keping gambar untuk tatapan. Tapi JIKA ada rakan2 yang ingin bertanya sesuatu silakan la yer..Jom kita layannnnn...










 Do it yourself..bukan susah sangat pun, cuma perlukan sedikit kerajinan jer..Tapi serius aku cakap..lebih puas makan berbanding kat kedai.. Ok jumpa lagi. :-))








Saturday 10 September 2011

Suamiku Romantik

Di suatu petang yang damai..lokasi tidak menjadi rahsia..
Carefour pulau pinang..
aku dan encik suami melakukan aktiviti biasa..
melawat supermarket..

Sampai di satu sudut..perjalananku terhenti seketika..
Aku tinggalkan en. suami bersama2 troli yang separuh penuh..
lantas mencari peluang untuk bersendiri..

Tiba2 en. suami muncul dari arah belakang..
Ayang nak beli bunga?..soalnya padaku..
Aku diam..kemudian bersuara.."dah lama abg tak bg bunga kat ayg"..
"Hm..ya kan"..balas en. suami..

Aku masih leka melihat bunga2 ros yang cantik..berwarna warni..
"Pilihlah mana yg ayg nak"..
Aku terus melihat 1 demi 1 pasu yg ada..semua cantik fikirku..
Akhirnya aku berjaya memilih satu yg berkenan di hati..


Spesis ros yg tidak berbau...atau aku yg tak bau..sbb selsema..
Sambil bergerak ke kaunter bayaran..en. suami bersuara..
"ayg mintak bunga..abg bg pokok bunga...tahan lagi lama"..
Ya tak ya jugak..aku setuju dengan pendapatnya..
Pokok ni akan kubaja dan kusiram dengan sebaiknya...Terima kasih en. suami..




Saturday 27 August 2011

Karipap Inti Sardin

Alhamdulillah..2 hari lepas yakni hari Jumaat..aku berjaya menjayakan projek Karipap Inti Sardin. Aku buat ni sebab nak bawa pi berbuka kat rumah kakak aku yg nombor 5. Takkan nak pi lenggang kangkung je kot kan..maka inilah hasilnya..Menjadi jugak walaupun ni first time aku menguli tepung..:-)

Inti sardin yang dah siap dimasak.

Buat klim ala2 karipap yang orang jual kat pasar ramadan.

Yang ni dah siap goreng.

Rupa paras dari jarak dekat..

Tahniah utk diri sendiri..untuk kawan2 blogger yang jarang masak..buktikan bahawa jarang masak tak bermakna tak reti masak ok..

Monday 22 August 2011

Manusia itu sungguh buta akal!!

Huh!! panas hati aku harini..
Sebenarnya masalah mcm ni selalu sangat berlaku.
Bila nak terberak baru nak korek lubang..
Tu perumpamaan jer..bukan ada orang nak terberak ke apa..
Ni nak cerita..ramai customer aku ni..road tax kereta dah mati harini..
harini la jugak baru tergedik2 suruh kita renew insurans + r/tax kereta depa..
Bila dapat lambat mulalah nak dimakinya kita..
cakap servis lambat la..buat kerja tak efisyen la..
Kalau la ofis ni aku yang punya..Confirm aku reject trus..
Syoh..syoh!! pi ambik insurans kat tempat lain..
Memandangkan aku puasa..dan dah nak raya tak lama lagi..
maka aku maafkan la segala kekasaran
dan kebiadapan orang lain terhadap aku harini.

P/S: moral of the story : renew awal insurans kereta dan road tax sbb menjelang perayaan biasanya line akan mengalami masalah..

Aku dah ada 7 orang follower..

Assalamualaikum..harini aku dah ada 7 orang follower.
Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi follow blog aku yang serba sederhana ni.
Aku akan cuba improve dari semasa ke semasa.
Bagi amatur macam aku ni..follower yang tak sampai 2 belah jari tapak tangan ni sangat bermakna..
Aku tak pernah promosi blog kat facebook..
aku cuma buat blog walking jer..
kalau ada yang sudi follow balik tu aku sangat-sangat hargai.
Bukan senang nak paksa suruh orang baca blog kita.
Kalau kita ni glamer macam artis tu tak payah suruh pun berduyun yang nak..
Apa pun, dunia blog lebih kurang macam dunia artis..ada pelbagai cerita..

Wednesday 17 August 2011

Promosi Daging Rusa



Promosi..daging rusa..boleh beli buat serunding untuk hari raya nanti..
Dapatkan segera di Pasar Besar Alor Setar...Selagi stok masih ada..

Mana Mak??

Salam..cerita ni aku copy paste dari email..sangat menyentuh perasaan..Hargailah insan yang bergelar MAK selagi beliau masih ada..

Jam 6.30 petang.
Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

 
Ayah baru balik dari sawah.
 
Ayah tanya Mak, “Along mana?’

 
Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”

 
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

 
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

 
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

 
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

 
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

 
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

 
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

 
Dua puluh tahun kemudian

 
Jam 6.30 petang

 
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

 
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

 
Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.”

 
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

 
Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

 
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”


Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah.



Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"



Ateh  menjawab, “Entah.”



Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

 
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

 
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.


Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

 
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

 
Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik.



Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.



Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.


Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"



Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.



Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.  



Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.



Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

 
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.



Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham.



Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."



Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.



Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.



Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.



Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.



Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu.



Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.

 
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat."



Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.



Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.



Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian
 
Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

 
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
 
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.



Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.



Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

 
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.



Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

 
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

 
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "



Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."



"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..



Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"    



Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?"  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa
. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Saturday 13 August 2011

Cucur Udang dan Kuah Kacang

Salam Ramadhan..13 Ramadhan berlalu dalam sekelip mata..Harini dah pun masuk 14 Ramadhan. Persiapan raya belum ada. Tak apa..janji waktu berbuka nanti makanan sempurna dan persiapan raya ditangguhkan lagi pada hari esok. Itu aku..orang lain mungkin dan ready semuanya..Mood raya aku hilang sejak aku kehilangan ibu tahun lepas..3 hari sebelum tibanya Ramadhan..jadi Ramadhan ni genap setahun aku kehilangan orang yang sangat-sangat aku sayang. Sekarang aku termasuk kategori yatim piatu..arwah bapa aku meninggal 17 tahun yang lalu. Tapi kasih sayang arwah masih segar dalam ingatan aku..Sebenarnya aku sangat rindu pada kedua-dua orang tuaku..

Walau apa pun yang terjadi..hidup mesti diteruskan. Perjuangan kita belum selesai. Semalam aku cuti..aku ambik peluang hari cuti untuk mengasah bakat memasak. Kali ni aku masak cucur udang berserta kuahnya sekali. Selalu aku buat cucur aja..kuahnya tak penah cuba. Resepi ni juga dari kakak aku..jom kita tengok..tapi sukatannya tak ada, aku main agak2 jer..

Bahan-bahan cucur udang:
1) Udang
2) Tepung gandum
3) Tauge
4) Daun kucai
5) Air (dari peti sejuk)
6) Serbuk kunyit

Cara membuat:
Senang jer..campur semua bahan2 tu..sebatikan semua..jangan terlalu lembik/cair takut nanti cucur udang makan minyak. Goreng sehingga garing..angkat dan potong.

Kuah Kacang
Bahan-bahan:
1) Kacang tanah (goreng dan tumbuk halus)
2) Kurma (blend- tapis. Ambik air dia je)
3) Cili serbuk
4) Garam
5) Gula
6) Lenga/Bijan (goreng tanpa minyak)
7) Air secukupnya.
8) Tepung gandum

Cara membuatnya:

1) Sebatikan cili serbuk dengan air. Masak sampai mendidih @ cili masak.
2) Kemudian masukkan kacang tanah dan air kurma.Masukkan juga bijan, garam dan gula secukupnya.
3) Untuk memekatkan kuah..masukkan sedikit tepung gandum. Atau kalau ada biskut marie pun boleh gantikan tepung. Masak sampai kuah jadi pekat. Macam biasa gambar akan menyusul kemudian yer..

Dah ready nak hantar kat rumah jiran sebelah..juadah berbuka puasa..

Udang besar-besar..tapi buang kepala dan ekor sebab kulit keras takut tercucuk gusi..

Sambal Telur Manis

Aku masak. Well..aku masak la..takkan pelik kot kalau aku kata aku masak..
Aku pandai masak tau..terutamanya air..senang..ringkas dan cepat..
kejap je dah mendidih..hahahah..

Sebenarnya aku jarang masak sebab aku memang tak reti masak..
Lepas kawin baru aku pegang ikan..bukan aku nak kata aku hebat tak payah masak..
Aku ni anak bongsu, dari kecik semua tugas kakak-kakak aku yang buat.
Kalau aku nak buat depa macam tak harap kat aku.
Mungkin depa ingat kalau depa suruh aku siang ikan..aku akan picit perut ikan sampai pecah.
Weyy..aku tak zalim la.takkan aku nak siksa ikan yang dah mati tu..

Ok..aku mengalah..aku rela duduk tgk..dah siap depa masak..aku makan jer..haha..
Tp sekarang dah tak boleh goyang kaki lagi..dah ada suami, dah ada anak yang sentiasa nak makan.
Aku cuba jadi diri aku yang sebenar..aku yang suka masak memasak..aku yang suka makan di rumah..aku yang suka bila tengok orang makan apa yang aku masak..aku yang suka mencuba resepi baru..yeahh..tu baru aku yang sebenar tau..

Aku nak kongsi resepi yang sangat ringkas..bahan asas adalah telur. Resepi ni aku belajar dari sifu aku..yakni kakak aku yang sulung..Kalau nak try silakan..Gambar akan menyusul kemudian..aku ambik terus dari kuali..hehehe..

SAMBAL TELUR MANIS

Bahan-bahan

5-6 biji telur
20 biji cili kering
8 ulas bawang merah
minyak (utk menumis dan menggoreng)
garam
gula
air

Cara membuat:

1) Rebus telur, kupaskan kulit dan cucuk2 telur dengan garfu. Kemudian taburkan sedikit gula ke atas telur tadi dan goreng sehingga kekuningan (sedikit garing). Ketepikan.
2) Bawang merah dan cili dikisar halus. Masukkan sedikit minyak dan tumis bahan kisar tadi sehingga cili masak (hilang bau cili). Tambahkan sedikit air jika perlu.
3) Apabila kuah sudah agak pekat..masukkan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan telur rebus yang siap digoreng tadi.
4) Sambal manis ni kuahnya mesti pekat tau..bukan cair mcm sambal tumis biasa tu yer..Selamat mencuba.

cucuk-cuck telur dengan garfu, lumur dgn sedikit gula dan goreng sehingga kekuningan.

Kuah mesti pekat dan melekat di telur.



Saturday 30 July 2011

Selamat Menyambut Ramadhan..

Selamat berpuasa kawan2 semua..ya sebelum start puasa ni ada yang ambil kesempatan makan sepuas2nya sebelum tutup mulut nanti..termasuk la aku sendiri. Tapi aku makan gitu2 je la..bukan sampai tahap melantak tak sedar diri tu haa..Time rehat semalam aku dan kawan2 makan di Tesco Mergong, Alor Setar la..yang Tesco Stargate tu aku belum pi rasmi lagi yer.. Aku makan mee bandung, Siti (officemate aku) makan nasi goreng paprik..dan hero yang sorang ni makan Yee Mee..aku tak penah makan Yee Mee sebab aku rasa tak kena dengan selera aku kot. Tapi Fisol kata yang ni favourite dia sejak azali dia mai Tesco ni..Aku nak kasi up skit gambar makanan yang kitorang dah selamat kebumikan jauh di dasar perut..

Mee Bandung

Nasi Goreng Paprik

Yee Mee


Chocolate Luv


Tuesday 26 July 2011

Jiran Aku Mati Kena Tembak!!

Salam..

Berita sedih..semalam 25/07/2011..time maghrib, jiran setaman meninggal kena tembak di dada oleh perompak di depan rumah mangsa sendiri. Mangsa lelaki berumur 30-an..bekerja di sebuah syarikat feri di Kuala Kedah, mati ditembak selepas wang hasil jualan tiket diragut. Aku rasa amat sedih bila ada manusia yang jahat macam ni..tak penah fikir tentang diri dan keluarga orang lain. Tak fikir orang lain pun ada anak bini yang nak kena jaga. Ya Allah..aku tak ada niat jahat, tapi aku doakan orang macam ni diberi balasan setimpal agar dia menyesal dengan setiap perlakuan jahat yang pernah dia buat selama ni. Amin..

Sunday 24 July 2011

Cabut Gigi RM100

Entry yang menyeramkan bagi orang yang ada masalah gigi.
Cabut gigi tak sakit pun..mcm semut gigit jer..hahaha...aku tipu..
Sakit la oii..sapa kata tak sakit..masa dia nak cabut tu memang la tak sakit.
Tapi lepas cabut dan lepas hilang rasa kebas mulut (kesan suntikan ubat tahan sakit)..
haa..time tu mula la rasa..nyut..nyut..kepala..rasanya mau pecah..ewah menyayi lagu Indon pulak aku harini..

Aku cabut gigi geraham dan buat rawatan akar..kena caj RM100. Mahal?? Nehi..kabi nehi..aku sayang gigi..mahal pun takpa janji aku tak perlu pakai gigi tiruan palsu.. Kalau pkai gigi palsu nanti takut aku tertelan pulak..mana tau dok kalut-kalut makan nasi tau-tau dengan gigi sekali berlumba masuk perut.

Tadi masa doktor dok cabut gigi..aku nampak dia guna macam2 alat..sekali aku dengar dia mintak player..jantung terus dup dap dup dap..apa lagi doktor ni nak buat kat gigi aku..Dan di saat tu aku terperasan bahawa nak jadi seorang doktor gigi bukan saja perlu pandai bab gigi..tapi juga perlu kuat..sebab apa? Sebab gigi kita ni tertanam jauh ke dalam gusi..jadi masa nak cabut tu dia perlukan kekuatan tau..macam Badang..tapi tak perlu la makan muntah hijau tu...uwekkkk..

Kepada yang ada masalah gigi..jangan tangguh lagi, cepat2 pi buat rawatan sebelum terlambat..tata.

Mak..

Salam..

Kepada sahabat2 yang terlanjur membaca blog aku ni, aku ucapkan ribuan terima kasih. Jarang2 skali blog ni dikunjungi orang luar..Harini mood aku dari gembira bertukar sedih. Bukan sebab ada berita tak baik atau apa..aku sedih bila tengok gambar perjuangan 'seekor ibu'..seekor membawa maksud binatang yer..bukan manusia. Jom kita tengok cerita perjuangan seekor tupai menyelamatkan anak dia dari dimakan oleh anjing..





Tengok muka anjing tu..bengis sangat..tapi ibu tupai tu sangat berani..berani mati demi menyelamatkan anak dia.. Ok kita tengok gambar selanjutnya..Ini kisah di Jaipur, India..Anak monyet kena langgar dengan scooter, kemudian bila dah cedera datang seekor anjing nak gigit. Ibu monyet tadi bertarung nyawa menyelamatkan anak dia dari dimakan anjing..kasih ibu akhirnya menyelamatkan si anak tadi..







Bagi aku..title ibu tu sendiri yang membuatkan tak kira samada manusia atau binatang menjadi lebih bertanggungjawab. Kita selalu kata binatang tak punya perasaan..SALAH!! binatang pun ada perasaan..dia tau bila patut marah..bila masa patut manja-manja..Cuma kita manusia ni selalu ego dengan sikap sendiri. Bagi MANUSIA yang tak kenal erti sayang pada anak-anak..jangan jadi manusia..dan tak perlu jugak jadi binatang..erti kata lain..lebih baik mati dari hidup taknak ada tanggungjawab..