Monday 17 October 2011

Sapa pernah mengail cicak???

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cicak
frames
Pengelasan saintifik
Alam:Haiwan
Filum:Kordata
Kelas:Reptilia
Order:Squamata
Famili:Gekkonidae
[[{{{Ksubspesies}}}]]
Subfamili:
Aeluroscalabotinae
Eublepharinae
Gekkoninae
Teratoscincinae
Diplodactylinae

Cicak merupakan sejenis reptilia yang berdarah sejuk dan bertelur. Reptilia ini mampu memanjat dinding yang tegak dan licin seperti cermin. Kajian yang dilakukan oleh pakar sains mendapati bahawa telapak kaki cicak mempunyai rerambut halus yang mewujudkan daya lekatan pada tahap nano. Cicak juga mempunyai keupayaan untuk memutuskan ekornya apabila diancam. Dengan itu, musuhnya akan terperanjat ketika ekornya mengeliat-geliat sementara cicak melarikan diri.

Ok..back to our main topic. Sapa pernah mengail cicak?? Aku penah hehehe..mesti korang tertanya-tanya mengail cicak nak buat apa.. Sebenarnya saja-saja jer, tengok cicak mabuk kemudian..kedepekkkk jatuh ke lantai..Masa aku kecik-kecik dulu, aku selalu buat sampai cicak nampak aku pun depa lari terus. Kira time tu taik cicak memang takdak langsung kat lantai.

Aku mengail cicak pakai umpan tembakau dengan kapur (makan). Proses nak buat dia mudah sangat2..ambik kapur, leperkan..lepas tu gentel tembakau sebesar taik hidung taik cicak..letakkan kat tengah2 kapur dan gentel jangan bagi tembakau terkeluar. Lepas tu ambik sebatang lidi yang paling panjang. Cucuk kapur berisi tembakau tadi kat hujung lidi. Then bila dah ready, slow2 bawak lidi tadi dan cari la mangsa (cicak)..hehehe.. Aku selalu pegang lidi tu buat macam rama2 kecik dok terbang kat kepala cicak. Kan cicak suka makan rama2 kecik yang kaler putih tu..kalau korang perasan la. Bila kita main2 kat cicak..cicak akan gigit kapur tadi..dan secara tak sengaja dia akan termakan tembakau sekali. Tu pasal la dia jadi mabuk..dan jatuh ke lantai. Aku penah buat, pastu aku kumpul cicak dalam plastik. Geli memang geli..tapi time budak2 geli dia kurang sikit.. Aku pun tak pasti aku kumpul tu untuk apa..tp yang nyata kesan mabuk dia sat saja..hilang mabuk tu dia pun lari la.. Jadi kalau takmau bagi dia lari..cepat2 la bunuh atau bagi ja kat kucing. Kucing kat rumah aku pulak kalau makan cicak, mesti dia tinggal bahagian kepala. Dia makan badan saja. Mungkin kat belah kepala tu pahit ka apa..hanya kucing yang tau..

Sekarang ni aku tak penah buat dah sebab tadak tembakau kat rumah. Lagipun cicak sekarang putih2 gebu aku tengok..geli aihh.. Tapi kalau ada sapa yang nak cuba tu silakan la..cuma tak pasti cicak mau makan ka dak..hehehe cicak zaman sekarang mungkin tak sama dengan cicak zaman 20 tahun lepas punya kan..Apa pun, pengalaman tu akan aku kenang sampai bila2..

No comments:

Post a Comment