Saturday 27 August 2011

Karipap Inti Sardin

Alhamdulillah..2 hari lepas yakni hari Jumaat..aku berjaya menjayakan projek Karipap Inti Sardin. Aku buat ni sebab nak bawa pi berbuka kat rumah kakak aku yg nombor 5. Takkan nak pi lenggang kangkung je kot kan..maka inilah hasilnya..Menjadi jugak walaupun ni first time aku menguli tepung..:-)

Inti sardin yang dah siap dimasak.

Buat klim ala2 karipap yang orang jual kat pasar ramadan.

Yang ni dah siap goreng.

Rupa paras dari jarak dekat..

Tahniah utk diri sendiri..untuk kawan2 blogger yang jarang masak..buktikan bahawa jarang masak tak bermakna tak reti masak ok..

Monday 22 August 2011

Manusia itu sungguh buta akal!!

Huh!! panas hati aku harini..
Sebenarnya masalah mcm ni selalu sangat berlaku.
Bila nak terberak baru nak korek lubang..
Tu perumpamaan jer..bukan ada orang nak terberak ke apa..
Ni nak cerita..ramai customer aku ni..road tax kereta dah mati harini..
harini la jugak baru tergedik2 suruh kita renew insurans + r/tax kereta depa..
Bila dapat lambat mulalah nak dimakinya kita..
cakap servis lambat la..buat kerja tak efisyen la..
Kalau la ofis ni aku yang punya..Confirm aku reject trus..
Syoh..syoh!! pi ambik insurans kat tempat lain..
Memandangkan aku puasa..dan dah nak raya tak lama lagi..
maka aku maafkan la segala kekasaran
dan kebiadapan orang lain terhadap aku harini.

P/S: moral of the story : renew awal insurans kereta dan road tax sbb menjelang perayaan biasanya line akan mengalami masalah..

Aku dah ada 7 orang follower..

Assalamualaikum..harini aku dah ada 7 orang follower.
Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi follow blog aku yang serba sederhana ni.
Aku akan cuba improve dari semasa ke semasa.
Bagi amatur macam aku ni..follower yang tak sampai 2 belah jari tapak tangan ni sangat bermakna..
Aku tak pernah promosi blog kat facebook..
aku cuma buat blog walking jer..
kalau ada yang sudi follow balik tu aku sangat-sangat hargai.
Bukan senang nak paksa suruh orang baca blog kita.
Kalau kita ni glamer macam artis tu tak payah suruh pun berduyun yang nak..
Apa pun, dunia blog lebih kurang macam dunia artis..ada pelbagai cerita..

Wednesday 17 August 2011

Promosi Daging Rusa



Promosi..daging rusa..boleh beli buat serunding untuk hari raya nanti..
Dapatkan segera di Pasar Besar Alor Setar...Selagi stok masih ada..

Mana Mak??

Salam..cerita ni aku copy paste dari email..sangat menyentuh perasaan..Hargailah insan yang bergelar MAK selagi beliau masih ada..

Jam 6.30 petang.
Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

 
Ayah baru balik dari sawah.
 
Ayah tanya Mak, “Along mana?’

 
Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”

 
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

 
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

 
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

 
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

 
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

 
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

 
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

 
Dua puluh tahun kemudian

 
Jam 6.30 petang

 
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

 
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

 
Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.”

 
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

 
Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

 
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”


Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah.



Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"



Ateh  menjawab, “Entah.”



Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

 
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

 
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.


Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

 
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

 
Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik.



Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.



Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.


Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"



Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.



Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.  



Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.



Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

 
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.



Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham.



Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."



Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.



Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.



Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.



Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.



Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu.



Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.

 
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat."



Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.



Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.



Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian
 
Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

 
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
 
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.



Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.



Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

 
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.



Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

 
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

 
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "



Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."



"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..



Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"    



Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?"  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa
. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Saturday 13 August 2011

Cucur Udang dan Kuah Kacang

Salam Ramadhan..13 Ramadhan berlalu dalam sekelip mata..Harini dah pun masuk 14 Ramadhan. Persiapan raya belum ada. Tak apa..janji waktu berbuka nanti makanan sempurna dan persiapan raya ditangguhkan lagi pada hari esok. Itu aku..orang lain mungkin dan ready semuanya..Mood raya aku hilang sejak aku kehilangan ibu tahun lepas..3 hari sebelum tibanya Ramadhan..jadi Ramadhan ni genap setahun aku kehilangan orang yang sangat-sangat aku sayang. Sekarang aku termasuk kategori yatim piatu..arwah bapa aku meninggal 17 tahun yang lalu. Tapi kasih sayang arwah masih segar dalam ingatan aku..Sebenarnya aku sangat rindu pada kedua-dua orang tuaku..

Walau apa pun yang terjadi..hidup mesti diteruskan. Perjuangan kita belum selesai. Semalam aku cuti..aku ambik peluang hari cuti untuk mengasah bakat memasak. Kali ni aku masak cucur udang berserta kuahnya sekali. Selalu aku buat cucur aja..kuahnya tak penah cuba. Resepi ni juga dari kakak aku..jom kita tengok..tapi sukatannya tak ada, aku main agak2 jer..

Bahan-bahan cucur udang:
1) Udang
2) Tepung gandum
3) Tauge
4) Daun kucai
5) Air (dari peti sejuk)
6) Serbuk kunyit

Cara membuat:
Senang jer..campur semua bahan2 tu..sebatikan semua..jangan terlalu lembik/cair takut nanti cucur udang makan minyak. Goreng sehingga garing..angkat dan potong.

Kuah Kacang
Bahan-bahan:
1) Kacang tanah (goreng dan tumbuk halus)
2) Kurma (blend- tapis. Ambik air dia je)
3) Cili serbuk
4) Garam
5) Gula
6) Lenga/Bijan (goreng tanpa minyak)
7) Air secukupnya.
8) Tepung gandum

Cara membuatnya:

1) Sebatikan cili serbuk dengan air. Masak sampai mendidih @ cili masak.
2) Kemudian masukkan kacang tanah dan air kurma.Masukkan juga bijan, garam dan gula secukupnya.
3) Untuk memekatkan kuah..masukkan sedikit tepung gandum. Atau kalau ada biskut marie pun boleh gantikan tepung. Masak sampai kuah jadi pekat. Macam biasa gambar akan menyusul kemudian yer..

Dah ready nak hantar kat rumah jiran sebelah..juadah berbuka puasa..

Udang besar-besar..tapi buang kepala dan ekor sebab kulit keras takut tercucuk gusi..

Sambal Telur Manis

Aku masak. Well..aku masak la..takkan pelik kot kalau aku kata aku masak..
Aku pandai masak tau..terutamanya air..senang..ringkas dan cepat..
kejap je dah mendidih..hahahah..

Sebenarnya aku jarang masak sebab aku memang tak reti masak..
Lepas kawin baru aku pegang ikan..bukan aku nak kata aku hebat tak payah masak..
Aku ni anak bongsu, dari kecik semua tugas kakak-kakak aku yang buat.
Kalau aku nak buat depa macam tak harap kat aku.
Mungkin depa ingat kalau depa suruh aku siang ikan..aku akan picit perut ikan sampai pecah.
Weyy..aku tak zalim la.takkan aku nak siksa ikan yang dah mati tu..

Ok..aku mengalah..aku rela duduk tgk..dah siap depa masak..aku makan jer..haha..
Tp sekarang dah tak boleh goyang kaki lagi..dah ada suami, dah ada anak yang sentiasa nak makan.
Aku cuba jadi diri aku yang sebenar..aku yang suka masak memasak..aku yang suka makan di rumah..aku yang suka bila tengok orang makan apa yang aku masak..aku yang suka mencuba resepi baru..yeahh..tu baru aku yang sebenar tau..

Aku nak kongsi resepi yang sangat ringkas..bahan asas adalah telur. Resepi ni aku belajar dari sifu aku..yakni kakak aku yang sulung..Kalau nak try silakan..Gambar akan menyusul kemudian..aku ambik terus dari kuali..hehehe..

SAMBAL TELUR MANIS

Bahan-bahan

5-6 biji telur
20 biji cili kering
8 ulas bawang merah
minyak (utk menumis dan menggoreng)
garam
gula
air

Cara membuat:

1) Rebus telur, kupaskan kulit dan cucuk2 telur dengan garfu. Kemudian taburkan sedikit gula ke atas telur tadi dan goreng sehingga kekuningan (sedikit garing). Ketepikan.
2) Bawang merah dan cili dikisar halus. Masukkan sedikit minyak dan tumis bahan kisar tadi sehingga cili masak (hilang bau cili). Tambahkan sedikit air jika perlu.
3) Apabila kuah sudah agak pekat..masukkan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan telur rebus yang siap digoreng tadi.
4) Sambal manis ni kuahnya mesti pekat tau..bukan cair mcm sambal tumis biasa tu yer..Selamat mencuba.

cucuk-cuck telur dengan garfu, lumur dgn sedikit gula dan goreng sehingga kekuningan.

Kuah mesti pekat dan melekat di telur.