Monday 17 October 2011

Sapa pernah mengail cicak???

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cicak
frames
Pengelasan saintifik
Alam:Haiwan
Filum:Kordata
Kelas:Reptilia
Order:Squamata
Famili:Gekkonidae
[[{{{Ksubspesies}}}]]
Subfamili:
Aeluroscalabotinae
Eublepharinae
Gekkoninae
Teratoscincinae
Diplodactylinae

Cicak merupakan sejenis reptilia yang berdarah sejuk dan bertelur. Reptilia ini mampu memanjat dinding yang tegak dan licin seperti cermin. Kajian yang dilakukan oleh pakar sains mendapati bahawa telapak kaki cicak mempunyai rerambut halus yang mewujudkan daya lekatan pada tahap nano. Cicak juga mempunyai keupayaan untuk memutuskan ekornya apabila diancam. Dengan itu, musuhnya akan terperanjat ketika ekornya mengeliat-geliat sementara cicak melarikan diri.

Ok..back to our main topic. Sapa pernah mengail cicak?? Aku penah hehehe..mesti korang tertanya-tanya mengail cicak nak buat apa.. Sebenarnya saja-saja jer, tengok cicak mabuk kemudian..kedepekkkk jatuh ke lantai..Masa aku kecik-kecik dulu, aku selalu buat sampai cicak nampak aku pun depa lari terus. Kira time tu taik cicak memang takdak langsung kat lantai.

Aku mengail cicak pakai umpan tembakau dengan kapur (makan). Proses nak buat dia mudah sangat2..ambik kapur, leperkan..lepas tu gentel tembakau sebesar taik hidung taik cicak..letakkan kat tengah2 kapur dan gentel jangan bagi tembakau terkeluar. Lepas tu ambik sebatang lidi yang paling panjang. Cucuk kapur berisi tembakau tadi kat hujung lidi. Then bila dah ready, slow2 bawak lidi tadi dan cari la mangsa (cicak)..hehehe.. Aku selalu pegang lidi tu buat macam rama2 kecik dok terbang kat kepala cicak. Kan cicak suka makan rama2 kecik yang kaler putih tu..kalau korang perasan la. Bila kita main2 kat cicak..cicak akan gigit kapur tadi..dan secara tak sengaja dia akan termakan tembakau sekali. Tu pasal la dia jadi mabuk..dan jatuh ke lantai. Aku penah buat, pastu aku kumpul cicak dalam plastik. Geli memang geli..tapi time budak2 geli dia kurang sikit.. Aku pun tak pasti aku kumpul tu untuk apa..tp yang nyata kesan mabuk dia sat saja..hilang mabuk tu dia pun lari la.. Jadi kalau takmau bagi dia lari..cepat2 la bunuh atau bagi ja kat kucing. Kucing kat rumah aku pulak kalau makan cicak, mesti dia tinggal bahagian kepala. Dia makan badan saja. Mungkin kat belah kepala tu pahit ka apa..hanya kucing yang tau..

Sekarang ni aku tak penah buat dah sebab tadak tembakau kat rumah. Lagipun cicak sekarang putih2 gebu aku tengok..geli aihh.. Tapi kalau ada sapa yang nak cuba tu silakan la..cuma tak pasti cicak mau makan ka dak..hehehe cicak zaman sekarang mungkin tak sama dengan cicak zaman 20 tahun lepas punya kan..Apa pun, pengalaman tu akan aku kenang sampai bila2..

Saturday 15 October 2011

Roti Coklat Resepi Si Pemalas

Salam sejahtera..


Cuti yang sangat menyeronokkan..aku habiskan masa lapang dengan menjahit dan membuat roti coklat. Memandangkan mood untuk membuat roti tu agak kurang ok..maka aku pun serahkan segala tugas kepada menatang bread maker (BM) tu sepenuhnya. Aku sediakan semua bahan-bahan dan campak semua masuk dalam BM..lepas 3 jam..roti pun siap untuk dimakan.. Mula2 aku ingat nak suruh BM tu buat dough jer..tapi mengenangkan aku tak berapa nak rajin..jadi apa salahnya aku bagi je tugasan tu kat BM..lagipun memang tu pun kerja dia.


ROTI COKLAT
  • 1 biji Telur
  • 200  ml air
  • 100 ml Susu segar
  • 450 g Tepung roti
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu teh garam
  • 70 g gula pasir
  • 25 g mentega
  • 1 sudu besar yis mauripan
1)      Masukkan telur, air dan susu segar ke dalam BM.
2)      Kemudian baru masukkan tepung roti, serbuk koko, garam gula,    mentega dan yis.
3)      Setkan BM  pada no 1 atau BASIC.
4)      Selepas 3 jam, roti akan siap dan sedia untuk dimakan..
Roti ni kalau kita campur kismis lagi best..tapi aku tak letak apa-apa sebab nanti kalau cucu sedara aku makan, semua tu dia kutip buang satu-satu. Membazir jer..lebih baik buat roti kosong..hehehe..


Monday 10 October 2011

Blogger Lama..Blogger Baru..

Assalamualaikum..


Aku nak bgtau..aku ni adalah blogger baru,
dan aku respect sama blogger2 yang dah lama berblog.
Kadang-kadang aku fikir macam mana benda remeh pun depa boleh jadikan topik..dan hit pulak tu..Err..ada ke blogger pi minta ubat kat tok moh nak bg blog dia laris ekkk..kalau restoran siam pakai tok moh tu aku tau la..

Kadangkala rasa macam ada topik yang nak diceritakan..tapi bila buka blog, terus rasa malap.Blogger lama kata, macam mana nak maju kalau blog pun bersawang..malas nak update..Btoi2..aku setuju, tapi masalahnya aku rasa macam topik yang aku buat tu tak best.

Aku rasa..aku kena pi bertapa..menuntut ilmu blog la kot baru boleh bergerak jauh sikit..banyak blog aku baca..semua kata kita kena rajin update..kena rajin buat blog walking..kena tinggalkan kesan degil jejak bila masuk blog orang..dan semua yang aku listkan tadi aku malas nak buat..huhu..apa nak jadi la gamaknya ni..

Aku kena buat sesuatu..ya..aku nak pi makan..lupakan hal blog seketika..yahuuuu....

Saturday 1 October 2011

Menangis tanda sedih atau gembira?

Kenapa bila kita menangis...
pastu ada orang pujuk..
hati kita lagi tambah sedih..
rasa sayu kian bertambah..
airmata yang dah nak berhenti pun makin laju keluar..
kenapa yer???
Itu aku la..
masa kecik2 kalau aku nangis,
(arwah) bapak aku selalu pujuk,
 usap2 kepala..
hasilnya aku nangis makin kuat..hehehe..