Wednesday 20 November 2013

Rendam kaki di Tupah

Assalamualaikum..

Bestnya..rugi btoi tak set utk p berkelah..kalau prepare utk berkelah dari awal kan best. Mana taknya..kami bukan bertujuan nk ke situ..tiba2 ja melencong ke sana..dari bwh nampak air banyak..dah tentu kat atas lg banyak. Sampai kat atas tgk..wuhuuu..boleh menyelam ni..air bersih..banyak..menderu jer..last2 rendam kaki p la sat pun..


Nampak tak tu..tgk gambaq saja pun dah dapat bayangkan macam mana dinginnya suasana kat situ..dengan monyet bergayutan..ayaq yang sejuk..wahhh...memang sangat  best. Kepada sahabat2 yang belum penah sampai ke Tupah..sila la datang dan rasai sendiri kedinginan ayaq sungai tu.

Thursday 7 November 2013

Maafkan saya penunggu gua..

Assalamualaikum.. .tu dia dah dekat setahun rupanya aku tinggalkan blog tanpa penghuni. Haii..lebih dari 44 hari..kena buat kenduri doa selamat pulak kot.

Aku sekarang ni dah jd surirumah sepenuh masa. Aku ada banyak masa di rumah. Tp bukan depan laptop. Bukan tak ingat nak update blog..tp bila tiba time nk buka blog..masa tu la nk kena buat itu ini. Erkkk..alasan tak diterima ka..hihi..ampunkan hamba penunggu gua..

Ni sempena Awal Muharam aku berhajat nak update blog yang tak seberapa indah ni..bukan untuk tatapan sesiapa. Cuma untuk dijadikan hadiah kepada anak2 tersayang. Kalau depan mata anak2 kita tak ucapkan sayang..dalam blog ni kita boleh luahkan segalanya.

Amboi dah la tulis blog tgh2 pagi buta..semua org tengah membuta..aku ja mata dok tahan lagi sebab dok jaram encik suami yang demam. Tadi petang kami p jalan2 tepi pantai..dia ok lg..malam ni tiba2 pulak demam. Harap2 esok sembuh yer sayang.
Adilla, babah dan Adam.
Adam..

Tuesday 11 December 2012

Bihun Sup Siam

Assalamualaikum,

Semoga semua sahabat2 di luar sana sihat2 selalu.
Harini mood elok, tu yang boleh tulis blog pulak..hihi..

Aku takmau melencong p Siam, tapi
nak cerita sikit pasai bihun sup siam
yang aku dan adik ipaq buat kemarin.

Asalnya tak rajin nak masak sebab cadang nak p Jakel..
kan Jakel ada buat sale..aku nak terjah la kononnya.
Sekali dok belek2 Myresepi tau2 terjumpa pulak resepi ni.
Masa tu perut pulak lapaq..
ayaq lioq rasa macam nak menitik tengok gambaq yang
tuan punya resepi tu tempek..

Aku calling2 adik ipaq kat rumah
tnya dia bahan2 ada dak
dia kata ada..dan dia setuju nak buat
memandangkan aku volunteer nak p cari
mana bahan yang tadak di dapoq tu.

Kodek sana kodek sini..lepas maghrib baru sampai rumah..
(singgah p ambik adam dan adilla dulu)
Tengok2 kuah bihun dah separa siap.
Aku sambung la..baru pegang bihun, adam pulak gheyau..
tinggal semua barang..trus p pujuk Adam.

Hasilnya semua adik ipaq aku yang kena buat..
Aku cuma celur sayur dan bihun saja..


Teringin nak buat jugak ekk..
Ok ambik resepi kat SINI
Terima kasih kepada ayu898 yang sudi berkongsi resepi.
Tak rugi mencuba..lagipun bihun ni sedap.
Cili kicap tu yang buat bihun bertambah sedap..lagi pedas lagi terangkat..


Sunday 25 November 2012

Tengok awan jadi gila.

Assalamualaikum,

Semalam balik dari kerja aku terus bergegas pi kenduri rumah kawan kat Air Hitam, Kedah. Sepanjang perjalanan balik rumah aku melayan perasaan dengan menatap awan. Orang kata tak elok tgk awan..sebab kalau asyik tengok awan nanti boleh jadi gila. Jadi aku tengok tak lama sangat sebab takut jadi gila..choiiii...


Sebenarnya gambar yang last ni gambar yang paling awal aku snap..teruja tengok pelangi sebenarnya. Tapi memandangkan aku guna kamera henpon jer..dan henpon pun cap ayam..maka gambar pelangi pun jadi kabur..tak apa lah sekurang2nya aku dapat jugak ambik gambar pelangi dan awan nano. Jadi kawan2..jangan tengok awan lama2 tau sebab bila kita tgk awan kita akan nampak macam2 imej..kejap nampak macam muka orang..kejap macam haiwan. Sebenarnya dia ikut apa yang kita imagine..tu yang tak boleh tengok lama2 tu..ok lah kalau takmau dengaq cakap, pi la tengok..kalau jadi gila..u jangan cari i ok..hihihih

Saturday 24 November 2012

KURSUS ASAS JAHITAN TUDUNG

Assalamualaikum,

Saja jer nak cerita pasal aku pi kursus asas jahitan tudung haritu. Kursus ni dianjurkan oleh Kolej Komuniti Bandar Darul Aman (KKBDA). Hari tu hari ahad..aku ambik cuti semata-mata nak p kursus tu ajer. Tapi aku rasa sangat berbaloi walaupun aku terpaksa korbankan cuti tahunan aku tu. Kursus bermula jam 9.00 pagi. Bermula dengan memotong dasar. Masa tu kami kena cari pasangan untuk syer kertas minyak dan jugak kain yang sememangnya disediakan oleh pihak KKBDA. Fine..aku berpasangan dengan cik adik dari Changlun. Siap potong dasar, kami potong kain..seterusnya sampai untuk awning tudung. Lepas potong kain semua perkara dibuat secara individu..no more couple. Masing-masing nak pegang mesin jahit pun takut. Aku pun sama. Ya la..mesin jahit kat rumah macam lain..kat situ pulak pakai mesin JUKI..lajunya masha Allah..takut aii..takut terlajak kena jari ka apa..nauzubillah mintak simpang la. Sebenarnya mesin tu ok..cuma kami yang tak biasa lagi dengan mesin macam tu. Bila lama sikit guna..dah pandai kawal pedal..ok la.. Jahit punya jahit tak sedar dah hampir pukul 1. Kitorang pun turun makan sebab makanan disediakan termasuk sekali dalam yuran tu. Lepas makan masuk balik bilik jahitan. Aku nampak couple aku masa mula tadi sibuk jahit awning tudung. Aku tegur dia, tak turun makan ka. Dia kata dah makan dah. Ok..aku pun terus sambung jahit tudung sementara tunggu giliran nak solat. Selesai semua..tiba masa untuk jahit tepi tudung. Yang ni cikgu tolong jahitkan. Masing2 beratur tunggu giliran. Tiba time couple aku tu..cikgu kata kenapa tudung ni besar..mana tudung yang asal tadi. Ni tudung yang kedua ke?? Couple aku td tu kata ada..dia saja buat yang baru sebab nak buatkan saiz besar. Cikgu nampak macam marah. Tapi dia diamkan aja. Selesai jahit tepi tudung..dia pun beredar. Cikgu bersuara pada kami yang sedang beratur. Cikgu kata saya bukan tak bagi buat 2 helai..tapi kain balance tu sebenarnya kena syer..kalau pasangan kamu tak mau baru kamu boleh ambik semua... Aku terkedu. Nampaknya aku la yang terkena. Orang lain ada kain balance..aku takde sebab couple aku dah buat tudung besar untuk dia sorang..huhu..takpe la aku halalkan ajer.. tak baik marah-marah..lagipun aku dah cukup puas ati sebab tudung aku buat lagi cantik dari dia punya..yehaaaaa...

Cerita di atas tak penting sangat..yang penting adalah..
AKU DAH PANDAI BUAT TUDUNG SENDIRI!!!
hahahahaha...bangganya aku..

Lepas ni aku nak tengok jadual untuk bulan Disember pulak. Aku nak booked kelas belajar menjahit labuci. Bukan mahal pun..RM30.00 ringgit jer. Aku yang tak reti apa2 pun boleh buat..Ok apa2 cerita pun mesti disertakan dengan bukti. Baru la orang percaya. Then, ini la buktinya..hehe..

Mesin jahit yang pada mulanya menakutkan aku dan member sekursus.

No 2 dari kiri tu cikgu kami..sangat baik dan sangat sabar orangnya..terima kasih atas tunjuk ajar cikgu yer..
Errr..nak habaq ni..kami memakai tudung jahitan sendiri tau.. (kecuali cikgu Emi dan Nuraishah)


ehem..ehem..ada gaya jadi tukang jahit tak..hehehe

Ni baru intro..tunggu la nanti aku nak masuk kelas jahit labuci pulak..pastu kelas buat kek cawan, kelas jahitan baju kurung, kelas masakan timur..bla..bla..bla..Sekian.

Sunday 4 November 2012

Hanya tinggal gambar sebagai kenangan

Assalamualaikum.. 

Jemput la masuk oii..sila..sila..
ni meh tengok gambaq kek
yang aku pernah buat dulu.
Tengok ajer le yer..hehe..
kek nya ntah ke mana dah..


Masa ni baru belajar nak melapis kek..


Terer sangat buat kek sampai coklat cips semua lari turun dok bawah..hihihi
Ok yang kat bawah ni cantik sikit sebab dah makin terer..ni aku buat dan bawa p jamuan kecil2an kat ofis.
Dua jenis kek, 1 kek coklat lembab dan satu lg kek coklat marble hazelnut.



Ok kita tengok yang lagi satu ni..yang ni bukan kek, tapi apam gula hangus.
Aku ambik resepi dari Myresepi dan memang ok la.
Lembut dan sedap..cuma dah lupa siapa tuan punya resepi yang asal tu.
Terima kasih banyak2 tuan punya resepi!




Setakat ni dulu sesi pameran kek yer.. :-))


Aku sokong kita lanyak peragut sampai mati.

Assalamualaikum, Harini emosi aku tercabar. Sebab aku baca statement mengatakan orang awam tak patut pukul peragut sampai mati. Patut serahkan kepada pihak berkuasa supaya diorang dapat mengadili dan memberikan hukuman setimpal. Ok, aku tau memang tu cara yang sepatutnya. Tapi cuba kalau kita pernah kena ragut, atau sedara kita sendiri, atau orang yang kita sayang pernah kena ragut dan kejadian ragut tu sendiri meragut nyawa insan tersayang tersebut. Aku tak tau macam mana nak gambarkan perasaan marah tu. Aku pernah kehilangan mak disebabkan kejadian ragut di rumah sendiri. Aku takkan pernah sokong pihak yang nak membela si peragut. bagi aku mati patut dibalas dengan mati. Kepada semua peragut2 di luar sana, jangan ingat kamu sentiasa bernasib baik. Tuhan nak balas dengan sekelip mata saja.