Saturday 15 October 2011

Roti Coklat Resepi Si Pemalas

Salam sejahtera..


Cuti yang sangat menyeronokkan..aku habiskan masa lapang dengan menjahit dan membuat roti coklat. Memandangkan mood untuk membuat roti tu agak kurang ok..maka aku pun serahkan segala tugas kepada menatang bread maker (BM) tu sepenuhnya. Aku sediakan semua bahan-bahan dan campak semua masuk dalam BM..lepas 3 jam..roti pun siap untuk dimakan.. Mula2 aku ingat nak suruh BM tu buat dough jer..tapi mengenangkan aku tak berapa nak rajin..jadi apa salahnya aku bagi je tugasan tu kat BM..lagipun memang tu pun kerja dia.


ROTI COKLAT
  • 1 biji Telur
  • 200  ml air
  • 100 ml Susu segar
  • 450 g Tepung roti
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu teh garam
  • 70 g gula pasir
  • 25 g mentega
  • 1 sudu besar yis mauripan
1)      Masukkan telur, air dan susu segar ke dalam BM.
2)      Kemudian baru masukkan tepung roti, serbuk koko, garam gula,    mentega dan yis.
3)      Setkan BM  pada no 1 atau BASIC.
4)      Selepas 3 jam, roti akan siap dan sedia untuk dimakan..
Roti ni kalau kita campur kismis lagi best..tapi aku tak letak apa-apa sebab nanti kalau cucu sedara aku makan, semua tu dia kutip buang satu-satu. Membazir jer..lebih baik buat roti kosong..hehehe..


No comments:

Post a Comment