Sunday 24 July 2011

Cabut Gigi RM100

Entry yang menyeramkan bagi orang yang ada masalah gigi.
Cabut gigi tak sakit pun..mcm semut gigit jer..hahaha...aku tipu..
Sakit la oii..sapa kata tak sakit..masa dia nak cabut tu memang la tak sakit.
Tapi lepas cabut dan lepas hilang rasa kebas mulut (kesan suntikan ubat tahan sakit)..
haa..time tu mula la rasa..nyut..nyut..kepala..rasanya mau pecah..ewah menyayi lagu Indon pulak aku harini..

Aku cabut gigi geraham dan buat rawatan akar..kena caj RM100. Mahal?? Nehi..kabi nehi..aku sayang gigi..mahal pun takpa janji aku tak perlu pakai gigi tiruan palsu.. Kalau pkai gigi palsu nanti takut aku tertelan pulak..mana tau dok kalut-kalut makan nasi tau-tau dengan gigi sekali berlumba masuk perut.

Tadi masa doktor dok cabut gigi..aku nampak dia guna macam2 alat..sekali aku dengar dia mintak player..jantung terus dup dap dup dap..apa lagi doktor ni nak buat kat gigi aku..Dan di saat tu aku terperasan bahawa nak jadi seorang doktor gigi bukan saja perlu pandai bab gigi..tapi juga perlu kuat..sebab apa? Sebab gigi kita ni tertanam jauh ke dalam gusi..jadi masa nak cabut tu dia perlukan kekuatan tau..macam Badang..tapi tak perlu la makan muntah hijau tu...uwekkkk..

Kepada yang ada masalah gigi..jangan tangguh lagi, cepat2 pi buat rawatan sebelum terlambat..tata.

No comments:

Post a Comment