Tuesday 11 December 2012

Bihun Sup Siam

Assalamualaikum,

Semoga semua sahabat2 di luar sana sihat2 selalu.
Harini mood elok, tu yang boleh tulis blog pulak..hihi..

Aku takmau melencong p Siam, tapi
nak cerita sikit pasai bihun sup siam
yang aku dan adik ipaq buat kemarin.

Asalnya tak rajin nak masak sebab cadang nak p Jakel..
kan Jakel ada buat sale..aku nak terjah la kononnya.
Sekali dok belek2 Myresepi tau2 terjumpa pulak resepi ni.
Masa tu perut pulak lapaq..
ayaq lioq rasa macam nak menitik tengok gambaq yang
tuan punya resepi tu tempek..

Aku calling2 adik ipaq kat rumah
tnya dia bahan2 ada dak
dia kata ada..dan dia setuju nak buat
memandangkan aku volunteer nak p cari
mana bahan yang tadak di dapoq tu.

Kodek sana kodek sini..lepas maghrib baru sampai rumah..
(singgah p ambik adam dan adilla dulu)
Tengok2 kuah bihun dah separa siap.
Aku sambung la..baru pegang bihun, adam pulak gheyau..
tinggal semua barang..trus p pujuk Adam.

Hasilnya semua adik ipaq aku yang kena buat..
Aku cuma celur sayur dan bihun saja..


Teringin nak buat jugak ekk..
Ok ambik resepi kat SINI
Terima kasih kepada ayu898 yang sudi berkongsi resepi.
Tak rugi mencuba..lagipun bihun ni sedap.
Cili kicap tu yang buat bihun bertambah sedap..lagi pedas lagi terangkat..


Sunday 25 November 2012

Tengok awan jadi gila.

Assalamualaikum,

Semalam balik dari kerja aku terus bergegas pi kenduri rumah kawan kat Air Hitam, Kedah. Sepanjang perjalanan balik rumah aku melayan perasaan dengan menatap awan. Orang kata tak elok tgk awan..sebab kalau asyik tengok awan nanti boleh jadi gila. Jadi aku tengok tak lama sangat sebab takut jadi gila..choiiii...


Sebenarnya gambar yang last ni gambar yang paling awal aku snap..teruja tengok pelangi sebenarnya. Tapi memandangkan aku guna kamera henpon jer..dan henpon pun cap ayam..maka gambar pelangi pun jadi kabur..tak apa lah sekurang2nya aku dapat jugak ambik gambar pelangi dan awan nano. Jadi kawan2..jangan tengok awan lama2 tau sebab bila kita tgk awan kita akan nampak macam2 imej..kejap nampak macam muka orang..kejap macam haiwan. Sebenarnya dia ikut apa yang kita imagine..tu yang tak boleh tengok lama2 tu..ok lah kalau takmau dengaq cakap, pi la tengok..kalau jadi gila..u jangan cari i ok..hihihih

Saturday 24 November 2012

KURSUS ASAS JAHITAN TUDUNG

Assalamualaikum,

Saja jer nak cerita pasal aku pi kursus asas jahitan tudung haritu. Kursus ni dianjurkan oleh Kolej Komuniti Bandar Darul Aman (KKBDA). Hari tu hari ahad..aku ambik cuti semata-mata nak p kursus tu ajer. Tapi aku rasa sangat berbaloi walaupun aku terpaksa korbankan cuti tahunan aku tu. Kursus bermula jam 9.00 pagi. Bermula dengan memotong dasar. Masa tu kami kena cari pasangan untuk syer kertas minyak dan jugak kain yang sememangnya disediakan oleh pihak KKBDA. Fine..aku berpasangan dengan cik adik dari Changlun. Siap potong dasar, kami potong kain..seterusnya sampai untuk awning tudung. Lepas potong kain semua perkara dibuat secara individu..no more couple. Masing-masing nak pegang mesin jahit pun takut. Aku pun sama. Ya la..mesin jahit kat rumah macam lain..kat situ pulak pakai mesin JUKI..lajunya masha Allah..takut aii..takut terlajak kena jari ka apa..nauzubillah mintak simpang la. Sebenarnya mesin tu ok..cuma kami yang tak biasa lagi dengan mesin macam tu. Bila lama sikit guna..dah pandai kawal pedal..ok la.. Jahit punya jahit tak sedar dah hampir pukul 1. Kitorang pun turun makan sebab makanan disediakan termasuk sekali dalam yuran tu. Lepas makan masuk balik bilik jahitan. Aku nampak couple aku masa mula tadi sibuk jahit awning tudung. Aku tegur dia, tak turun makan ka. Dia kata dah makan dah. Ok..aku pun terus sambung jahit tudung sementara tunggu giliran nak solat. Selesai semua..tiba masa untuk jahit tepi tudung. Yang ni cikgu tolong jahitkan. Masing2 beratur tunggu giliran. Tiba time couple aku tu..cikgu kata kenapa tudung ni besar..mana tudung yang asal tadi. Ni tudung yang kedua ke?? Couple aku td tu kata ada..dia saja buat yang baru sebab nak buatkan saiz besar. Cikgu nampak macam marah. Tapi dia diamkan aja. Selesai jahit tepi tudung..dia pun beredar. Cikgu bersuara pada kami yang sedang beratur. Cikgu kata saya bukan tak bagi buat 2 helai..tapi kain balance tu sebenarnya kena syer..kalau pasangan kamu tak mau baru kamu boleh ambik semua... Aku terkedu. Nampaknya aku la yang terkena. Orang lain ada kain balance..aku takde sebab couple aku dah buat tudung besar untuk dia sorang..huhu..takpe la aku halalkan ajer.. tak baik marah-marah..lagipun aku dah cukup puas ati sebab tudung aku buat lagi cantik dari dia punya..yehaaaaa...

Cerita di atas tak penting sangat..yang penting adalah..
AKU DAH PANDAI BUAT TUDUNG SENDIRI!!!
hahahahaha...bangganya aku..

Lepas ni aku nak tengok jadual untuk bulan Disember pulak. Aku nak booked kelas belajar menjahit labuci. Bukan mahal pun..RM30.00 ringgit jer. Aku yang tak reti apa2 pun boleh buat..Ok apa2 cerita pun mesti disertakan dengan bukti. Baru la orang percaya. Then, ini la buktinya..hehe..

Mesin jahit yang pada mulanya menakutkan aku dan member sekursus.

No 2 dari kiri tu cikgu kami..sangat baik dan sangat sabar orangnya..terima kasih atas tunjuk ajar cikgu yer..
Errr..nak habaq ni..kami memakai tudung jahitan sendiri tau.. (kecuali cikgu Emi dan Nuraishah)


ehem..ehem..ada gaya jadi tukang jahit tak..hehehe

Ni baru intro..tunggu la nanti aku nak masuk kelas jahit labuci pulak..pastu kelas buat kek cawan, kelas jahitan baju kurung, kelas masakan timur..bla..bla..bla..Sekian.

Sunday 4 November 2012

Hanya tinggal gambar sebagai kenangan

Assalamualaikum.. 

Jemput la masuk oii..sila..sila..
ni meh tengok gambaq kek
yang aku pernah buat dulu.
Tengok ajer le yer..hehe..
kek nya ntah ke mana dah..


Masa ni baru belajar nak melapis kek..


Terer sangat buat kek sampai coklat cips semua lari turun dok bawah..hihihi
Ok yang kat bawah ni cantik sikit sebab dah makin terer..ni aku buat dan bawa p jamuan kecil2an kat ofis.
Dua jenis kek, 1 kek coklat lembab dan satu lg kek coklat marble hazelnut.



Ok kita tengok yang lagi satu ni..yang ni bukan kek, tapi apam gula hangus.
Aku ambik resepi dari Myresepi dan memang ok la.
Lembut dan sedap..cuma dah lupa siapa tuan punya resepi yang asal tu.
Terima kasih banyak2 tuan punya resepi!




Setakat ni dulu sesi pameran kek yer.. :-))


Aku sokong kita lanyak peragut sampai mati.

Assalamualaikum, Harini emosi aku tercabar. Sebab aku baca statement mengatakan orang awam tak patut pukul peragut sampai mati. Patut serahkan kepada pihak berkuasa supaya diorang dapat mengadili dan memberikan hukuman setimpal. Ok, aku tau memang tu cara yang sepatutnya. Tapi cuba kalau kita pernah kena ragut, atau sedara kita sendiri, atau orang yang kita sayang pernah kena ragut dan kejadian ragut tu sendiri meragut nyawa insan tersayang tersebut. Aku tak tau macam mana nak gambarkan perasaan marah tu. Aku pernah kehilangan mak disebabkan kejadian ragut di rumah sendiri. Aku takkan pernah sokong pihak yang nak membela si peragut. bagi aku mati patut dibalas dengan mati. Kepada semua peragut2 di luar sana, jangan ingat kamu sentiasa bernasib baik. Tuhan nak balas dengan sekelip mata saja.

Perempuan dan kereta..

Assalamualaikum, Hari ni kereta kontot aku tu pengsan. Maksudnya dia tak boleh hidup sebab bateri hampir kong. Bulan 9 dan 10 haritu dah banyak duit aku terbang pi kat dia. Tukar coil la..bearing rosak la..harini bateri pulak buat hal. Selalu orang lelaki cakap, tu la driver pompuan..mana tau apa2..tau bawak jer..bila rosak depa mula nak hingaq.. Aku mengaku, aku tak tau apa2 pasal enjin2 kereta ni. Mula2 beli kereta dulu nak isi minyak pun terkial2. Adakah sebab kami orang perempuan tak tau apa2 pasal kereta maka kami selalu jadi mangsa kena tipu?? Pi servis kereta, tak tukar apa2 tapi kena bayar lebih sebab depa kata kena tukar macam2..hmm..nampaknya orang perempuan sekarang kena pi kursus baiki kreta kot..nasib..nasib..
Susah dan bahaya jugak kalau tiba2 kereta rosak. Tambahan pulak dengan cuaca yang tak menentu sekarang ni. Buatnya rosak masa tengah redah hujan lebat ke..huhu..menakutkan btolll... jadi aku pasrah. Tolong baiki kereta ni supaya selamat utk pergi dan balik kerja. Atau sampai encik suami aku balik ke sini.Titik.

Saturday 3 November 2012

Kek Marble Coklat Oren

Assalamualaikum, Raya Aidiladha dah lepas. Macam tahun2 yang lalu, aku sekeluarga menyambutnya dengan suasana yang sangat sederhana. Tahun ni tak ada ketupat palas, kami gantikan dengan nasi impit dan kuah kacang. Biskut raya jauh sekali. Beli tak..buat apatah lagi. Kalau sedara mara datang, makan lah apa yang ada. Macam ni la kalau beraya tanpa orang tua..dulu masa arwah mak ada, ada jugak adik beradik yang datang bertandang melawat mak. Sekarang mak dah tak ada, sedara pun dah jarang datang, kami pun jarang menziarah.. Habis raya, tekak terasa nak makan kek. Mulanya nak beli ajer..tapi fikir2 lebih baik buat jer..jimat kos, dapat kek ikut citarasa sendiri pulak tu. Godek punya godek dapat la resepi asas kek..jadi aku olah la ikut kehendak dan citarasa aku sendiri. Kalau sedap boleh buat lagi, kalau tak sedap kita ubah resepi lain pulak..ye tak..
Bahan-bahan: 250gm margerin 250 tepung naik sendiri (tepung gandum pun boleh tapi kena tambah baking powder 1 sudu teh) 200gm gula pasir 6 biji telur 1/2 cawan serbuk koko 1/2 cawan air perahan limau sunkist (sy guna 2cmb pati oren sunkist) sedikit pewarna kuning 1cmt esen vanilla Cara membuat: 1) Macam biasa, putar gula dan margerin sampai kembang. 2) Masukkan tepung dan telur secara berselang seli. masukkan esen vanilla.Gaul rata. 3) Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian masukkan perahan limau sunkist bersama sedikit pewarna kuning. 4) lagi 1 bahagian masukkan serbuk koko. 5) Tuang adunan secara berselang seli untuk dapatkan corak yang menarik. 6) Bakar pada suhu 175c atau sehingga masak.

Wednesday 3 October 2012

Ingatkan manih..rupanya tawaq..

Hari Jumaat yang lepas.. hari untuk meronda Tesco. Boleh buang masa cari benda-benda yang maupun yang tak berfaedah. Bukan apa, hari lain sibuk keja mana ada masa nak belek barang kat Tesco. Dari satu bahagian ke satu bahagian.. belek ajer..belinya tak jugak.. Sampai bahagian roti, kek.. tak boleh nak terus berjalan dah.. mata asyik tertumpu kat jenis2 roti yang ada kat situ. Haii..saiz kecik jer, tapi harga mahai..nak beli sebijik mana cukup. Kalau macam ni punya gaya.. tak boleh beli..kena buat sendiri la gamaknya. Ok kita pusing troli cari bahan2 nak buat roti yer.. Beli coklat chips..beli bread improver.. beli Mauripan..apa lagi yer.. rasanya bahan2 lain ada lagi kat rumah. Sampai rumah selesai makan tengahari.. acara pun bermula..timbang gula, timbang tepung. Konon2 gula tak payah la banyak sangat nanti manis sangat pun tak sedap jugak. Ok kita kurangkan gula. Dah siap acara timbang..apa lagi campak la semua bahan2 dalam bread maker.. Biar dia buat tugas dia sampai selesai. Dalam tempoh 1 1/2 jam semua siap. Aku pun keluarkan doh dan tambah la coklat chips..tambah banyak-banyak.. Uli2 dengan tangan bagi sekata. Dah siap buat semua maka aku pun ready utk proses pembakaran. Naik elok..kembang dan gebu la roti aku tu.. Tak sabaq nak rasa..tapi takpa biaq dia sejuk sat..satgi baru kita terjah. Tiba time merasa..aduhh..apasal la roti aku ni tawaq..huhuhu aku dah kurangkan gula terlalu banyak. Apa boleh buat..makan jugak la..cicah ayaq Milo..hihihi Lenkali aku buat lagi takmau kurangkan gula dah..

Tuesday 25 September 2012

Cukup 3 bulan perangai pun berubah..

Assalamualaikum, Perangai siapa yang berubah?? Ohh..perangai Adam la..si kecik buah hati mama tu.. Sebelum ni kan aku ada merungut pasal dia taknak tido malam..siang je dia tido. Tapi Alhamdulillah genap umur 3 bulan dengan tiba2 jer terus bertukar jadual tido dia..Maka akulah insan yang paling hepi waktu tu. Apa taknya, dah berapa lama tak dapat tido nyenyak sebab kena berjaga dengan dia kan.. Semalam aku bawa baby Adam ke klinik sebab bila genap 3 bulan dia akan kena injek. Aku fikir mesti baby Adam akan nangis punya la. Sampai kat klinik letak buku dia dalam tray trus cari tempat duduk. Orang tak ramai, mesti kejap je ni. Tak sia2 aku ambik cuti h/day boleh balik rehat kat rumah..itu la yang aku fikir.. Tak lama misi pun panggil nama MUHAMMAD ADAM NAZMI..aku pun cepat2 bawa dia pi tempat timbang baby..owhh..berat dia dah naik 500gm..jadi 5.6kg. Selesai timbang berat..ukur panjang semua..kena tunggu lagi..Tiba2, datang segerombolan sekumpulan misi pelatih..huhu..kena dah aku kali ni.. Mana taknya..Adam dah jadi bahan kajian depa pulak. Lambat la jadinya.. Si Adam dah mula nak mengamuk..lama tunggu baru diorang panggil nak injek dia. Nasib baik Adam tak nangis lama..sikit je bunyi dah diam.. Ketua misi pelatih pulak asyik ikut je ke mana Adam duduk. Dia cakap geram tengok Adam, comel dan bulat..ya..ya..memang Adam makin membulat..aku agreed.

Monday 10 September 2012

Henpon tertinggal di rumah..

Rasa macam harini hidup aku tak lengkap. Sepi bila kau tiada di sisi..heheh.. aku tertinggal henpon kat rumah.. Tanpa henpon tu aku rasa kosong..kosong.. Aku tau bukan ada orang selalu call pun.. tapi nak jugak dia ada sepanjang masa dengan aku. Dalam tu ada banyak gambar anak2 aku yang mana aku sentiasa tengok. Dok opis boring2 buka henpon tengok gambar anak. Gambar abahnya pun aku tengok juga sebab kami kan saling berjauhan. Tapi mcm mana boleh pulak lupa ambik henpon masa nak keluar rumah tadi yer.. Aiseh..tinggal anak kat rumah rasa ok jer.. tp kalau tinggal henpon kat rumah rasa tak ok pulak..adoii.. takkan la aku sayang henpon lebih dari anak kot..tak logik jugak..

Baby..jangan la dera mama..

Mengantuknya Tuhan je yang tau nih..baby Adam takmau tido malam2..
hasilnya berjaga sampai ke pagi la aku jawabnya..
Dulu masa ada anak pertama, lain karenahnya..
ni anak kedua lain pulak peelnya..

Siang hari dia tido selena-lenanya..
tepat pukul 12 tgh malam mata dia terbuka luas
dan ajak kita bersembang-sembang dengan bahasanya 
yang tersendiri..sebagai mama..aku buat2 faham walaupun
baby Adam sendiri pun tak faham apa yang dia sebut..

SIANG TIDO..
MALAM BERJAGA..

Oh sayang..mama harap sangat Adam boleh tukar time tido yer..

Wednesday 4 April 2012

BAULU TRADISIONAL

10 BIJI TELUR
SEKATI GULA (600GM)
TEPUNG GANDUM (DIGORENG KEMUDIAN DIAYAK)

Whoaa..tu dia bersemangat aku nak update entry tentang BAULU.
Teringat masa aku kecik2 dulu.
Kalau time nak raya tu selalunya mak akan
bakar baulu dengan kakak2 aku.
Malam sebelum buat baulu tu dah start menimbuk telur dgn gula..
timbuk pakai jaras.. maksudnya pukul gula dgn telur
sampai gula betul2 hancur dan adunan tu jd kembang.

Tapi zaman dah berubah..lambat la nak buat
semua tu pakai manual..
maka baulu aku ni main campak2 je dalam mixer.
Baulu ni agak padat isinya..tak macam
baulu sekarang yg lebih ringan dan lembut.

Aku suka versi tradisional sebab kalau makan 3 biji
pun dah terasa kenyang..
kalau baulu beli kat Pekan Rabu, makan sepeket pun
tak rasa apa2 lg.. hehe..dah la species makan
banyak..mana sesuai beli2 ni..

Layankan la gambar2 kuih baulu aku ni yer..


Sunday 1 April 2012

ROTI ARAB

Assalamualaikum,

Nak bercakap Arab tak reti..
jadi apa kata kita belajaq buat roti Arab
pun jadilah..

Sebenarnya aku dah makan roti ni kat rumah
kakak aku berkali2..
dan memang bercadang nak cuba buat sendiri.

Lama aku peram hasrat tu..
tiba2 pada suatu hari aku dengan gigihnya
mencari resepi dalam internet..
Ada 2-3 resepi yang aku ambik
tapi aku cuba resepi yang 1 ni
nak tgk kalau2 menjadi atau tidak..
Alhamdulillah menjadi jugak walaupun
ni 1st time aku cuba masak roti Arab.

Meh sini aku nak tayang gambaq dia dulu..

ni gambar tepung yg dah siap diuli.


ambik tepung sebesar bola pingpong..canai nipis, setebal 0.4cm.


canai sampai habis..susun cantik2 tau..


tengok..dia jadi kembung..bestnya tengok time ni..


ni la hasilnya..ada yg kembung..ada yg terbantut sebab minyak terlampau panas..


ok ni resepinya..

BAHAN A
11gm yis mauripan
1 sudu besar gula
1/4 cawan air

BAHAN B
500gm tepung gandum
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
2 sudu besar margerin @ mentega
200 ml susu cair
minyak untuk menggoreng
air secukupnya - untuk menguli tepung.

CARA MEMBUAT:
1) Campurkan bahan A biarkan seketika sehingga yis mengembang.
2) Satukan tepung gandum bersama gula, garam dan margerin. Dan campurkan juga dengan bahan A tadi.
3) Kemudian masukkan susu cair disertai dengan air sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh.
4) Doh mungkin agak lembut dan melekat di tangan, tapi jangan tambah tepung..
5) Ketepikan dan perap doh selama sejam.
6) Lepas sejam, keluarkan doh dan uli lg utk keluarkan angin. Bahagikan doh kepada 16 bahagian dan canai setebal 0.4 cm.
7) Canai doh hingga selesai dan bolehlah goreng di dalam minyak yg sederhana panas.
8) Masa menggoreng, simbah2kan minyak ke atas roti supaya dia dapat mengembang dengan cantik. Alih2kan roti sehingga kekuningan, angkat dan toskan minyak.

Aku makan roti arab ni cicah sambal ikan bilis.
Nak lg sedap bolehlah makan dengan kari ayam atau ikan..hmm terangkat...
Resepi ni aku ambik dr MYRESEPI..penyumbang resepi asal adalah "kakfiza". Terima kasih kakfiza yer..