Saturday 30 July 2011

Selamat Menyambut Ramadhan..

Selamat berpuasa kawan2 semua..ya sebelum start puasa ni ada yang ambil kesempatan makan sepuas2nya sebelum tutup mulut nanti..termasuk la aku sendiri. Tapi aku makan gitu2 je la..bukan sampai tahap melantak tak sedar diri tu haa..Time rehat semalam aku dan kawan2 makan di Tesco Mergong, Alor Setar la..yang Tesco Stargate tu aku belum pi rasmi lagi yer.. Aku makan mee bandung, Siti (officemate aku) makan nasi goreng paprik..dan hero yang sorang ni makan Yee Mee..aku tak penah makan Yee Mee sebab aku rasa tak kena dengan selera aku kot. Tapi Fisol kata yang ni favourite dia sejak azali dia mai Tesco ni..Aku nak kasi up skit gambar makanan yang kitorang dah selamat kebumikan jauh di dasar perut..

Mee Bandung

Nasi Goreng Paprik

Yee Mee


Chocolate Luv


Tuesday 26 July 2011

Jiran Aku Mati Kena Tembak!!

Salam..

Berita sedih..semalam 25/07/2011..time maghrib, jiran setaman meninggal kena tembak di dada oleh perompak di depan rumah mangsa sendiri. Mangsa lelaki berumur 30-an..bekerja di sebuah syarikat feri di Kuala Kedah, mati ditembak selepas wang hasil jualan tiket diragut. Aku rasa amat sedih bila ada manusia yang jahat macam ni..tak penah fikir tentang diri dan keluarga orang lain. Tak fikir orang lain pun ada anak bini yang nak kena jaga. Ya Allah..aku tak ada niat jahat, tapi aku doakan orang macam ni diberi balasan setimpal agar dia menyesal dengan setiap perlakuan jahat yang pernah dia buat selama ni. Amin..

Sunday 24 July 2011

Cabut Gigi RM100

Entry yang menyeramkan bagi orang yang ada masalah gigi.
Cabut gigi tak sakit pun..mcm semut gigit jer..hahaha...aku tipu..
Sakit la oii..sapa kata tak sakit..masa dia nak cabut tu memang la tak sakit.
Tapi lepas cabut dan lepas hilang rasa kebas mulut (kesan suntikan ubat tahan sakit)..
haa..time tu mula la rasa..nyut..nyut..kepala..rasanya mau pecah..ewah menyayi lagu Indon pulak aku harini..

Aku cabut gigi geraham dan buat rawatan akar..kena caj RM100. Mahal?? Nehi..kabi nehi..aku sayang gigi..mahal pun takpa janji aku tak perlu pakai gigi tiruan palsu.. Kalau pkai gigi palsu nanti takut aku tertelan pulak..mana tau dok kalut-kalut makan nasi tau-tau dengan gigi sekali berlumba masuk perut.

Tadi masa doktor dok cabut gigi..aku nampak dia guna macam2 alat..sekali aku dengar dia mintak player..jantung terus dup dap dup dap..apa lagi doktor ni nak buat kat gigi aku..Dan di saat tu aku terperasan bahawa nak jadi seorang doktor gigi bukan saja perlu pandai bab gigi..tapi juga perlu kuat..sebab apa? Sebab gigi kita ni tertanam jauh ke dalam gusi..jadi masa nak cabut tu dia perlukan kekuatan tau..macam Badang..tapi tak perlu la makan muntah hijau tu...uwekkkk..

Kepada yang ada masalah gigi..jangan tangguh lagi, cepat2 pi buat rawatan sebelum terlambat..tata.

Mak..

Salam..

Kepada sahabat2 yang terlanjur membaca blog aku ni, aku ucapkan ribuan terima kasih. Jarang2 skali blog ni dikunjungi orang luar..Harini mood aku dari gembira bertukar sedih. Bukan sebab ada berita tak baik atau apa..aku sedih bila tengok gambar perjuangan 'seekor ibu'..seekor membawa maksud binatang yer..bukan manusia. Jom kita tengok cerita perjuangan seekor tupai menyelamatkan anak dia dari dimakan oleh anjing..





Tengok muka anjing tu..bengis sangat..tapi ibu tupai tu sangat berani..berani mati demi menyelamatkan anak dia.. Ok kita tengok gambar selanjutnya..Ini kisah di Jaipur, India..Anak monyet kena langgar dengan scooter, kemudian bila dah cedera datang seekor anjing nak gigit. Ibu monyet tadi bertarung nyawa menyelamatkan anak dia dari dimakan anjing..kasih ibu akhirnya menyelamatkan si anak tadi..







Bagi aku..title ibu tu sendiri yang membuatkan tak kira samada manusia atau binatang menjadi lebih bertanggungjawab. Kita selalu kata binatang tak punya perasaan..SALAH!! binatang pun ada perasaan..dia tau bila patut marah..bila masa patut manja-manja..Cuma kita manusia ni selalu ego dengan sikap sendiri. Bagi MANUSIA yang tak kenal erti sayang pada anak-anak..jangan jadi manusia..dan tak perlu jugak jadi binatang..erti kata lain..lebih baik mati dari hidup taknak ada tanggungjawab..

Friday 22 July 2011

Report Polis Yang Paling Best!

Aku tak penah pi buat report polis..tapi aku selalu gak tengok report polis bila ada customer nak buat claim kemalangan atau bila berlaku kes hilang kereta atau motor. Tapi aku tak penah lagi tengok report yang serius macam ni..takut jugak bila ada orang nak cubit perut kan..mana tau dia cubit pakai kuku ka..mau bengkak perut sehari semalam oii..ok gak la buat report polis..jaga sebelum kena..kekekekee...




"PADA 12/05/2011 JAM LEBIH KURANG 1610 HRS SEMASA SAYA BERADA DI ALAMAT DI ATAS SAYA TERIMA BEBERAPA MESEJ DARI PENAMA MOHD HISAM MAT ZAIN DI LAMAN WEB FACEBOOK YANG MENGUGUT SAYA MENGATAKAN AKU JUMPA HANG AKU CUBIT PERUT HANG DAN MENYURUH SAYA MELAPORKAN PADA PIHAK POLIS. TUJUAN SAYA BUAT REPOT ADALAH KERANA SAYA BIMBANG AKAN KESELAMATAN SAYA DAN UNTUK PERLINDUNGAN DIRI SAYA. SEKIAN REPORT SAYA."

Thursday 21 July 2011

Masa Sesuai Untuk Beli Baju Baru

Cuba korang crita..masa bila paling sesuai untuk beli baju baru?
Ok kita andaikan kita ada duit..jangan sebut pasal beli membeli kalau takdak duit yer kak long..
Aku punya pendapat la kan..time paling sesuai untuk beli baju baru adalah:

1) Bila baju byk yg dah ketat..maknanya badan makin gemuk.
2) Baju yang dipakai, kaler dah luntur..dari kaler merah dah jadi pink..tu contoh la kan..
3) Atau bila baju dah out of fashion..pakai lama sangat sampai ketinggalan zaman..org dah tak pakai style tu..kita dok pakai lg sampai naik jemu org yg tengok.
4) Paling best bila ada sale besar2an YES..(Year End Sale) biar harga jatuh dulu baru kita pi beli..manyak untung woo..
5) Kalau nak p majlis yg penting..nak buat kita nmpak cntik..so perlu beli baju baru utk tmbah kan keyakinan. Kalau sekadar nak p siang bawang kat umah knduri..pakai la kain batik pun takpa.
6) Raya. Masa paling sesuai..beli baju kurung..lepas raya boleh pakai kerja..ni bagi aku la sebab aku tak pkai skirt..betis kayu..huduh kalau org nmpak..

Kebanyakan org tak penah pikir bila time yg sesuai nak beli baju baru sebab time nak beli tu duit tgh menimbun. Tapi bagi aku..duit menimbun pun kalau tak reti guna..sat saja licin.. aku lebih suka "alah membeli menang memakai" daripada "biar papa asal bergaya"..

Setakat ni tu la reason yang aku slalu letak kat kepala bila nak beli baju baru..
Wanita Melayu Terakhir..gelaran sesuai bagi pemakai..
Pemilik betis batang kayu tak layak pakai macam ni.

Wednesday 20 July 2011

Cara Aku Menulis Blog..

Begini ceritanya...

Aku bermula dengan "0"..atau omputeh panggil "zorro" "zero"..cuma berbekalkan minat dan kesungguhan maka terciptanya blog aku ni..kalau otai2 blog tengok blog aku..mesti depa gelak..tapi aku tak kesah sebab ni citarasa masing2..orang kata ibarat kalau kita pi kedai makan..kita pilih menu sendiri la..takkan kita nak suruh orang lain pilih menu kita pulak..jadi maksudnya dalam blog aku..ikut suka aku la nak olah mcm mana pun..asalkan aku suka..

Aku suka melawat blog orang..ada yg berkisar tentang politik..isu semasa..tentang jual beli pakaian..gadget..dan macam2 lagi lah..Sampai satu tahap, aku rasa blog aku ni dah hilang arah..sepatutnya aku ada arah tuju..aku tak pasti apa yg aku patut tulis atau publish dalam blog aku..nak cerita tentang diri..mana ada orang nak baca oii..aku bukan artis..nak cerita tentang politik..ahh aku tak berminat pun..tapi kadang2 macam banyak sangat idea..bila laptop jauh dimata..dihati rasa nak berblog..tapi bila dah di depan hidung mata, abis lenyap semua khayalan tadi..

Aku rasa bukan aku sorang saja yang bermasalah cmni..jadi sekarang ni aku ambik keputusan yang blog aku ni akan jadi blog bubur caca cacamerba..hehehe..ikut suka aku nak tulis atau cerita tentang apa saja yang aku suka. Jadi kalau ada blogger2 kat luar sana yang rasa masalah depa hampir sama dgn aku..boleh tiru aku okay.. Nampaknya rezeki aku nak tulis lagi panjang terbantut di sini..aku dengar bunyi anjing menyalak panjang..bulu roma pun berdiri..sebelum blog aku jadi blog cerita seram, lebih baik aku stop..sekarang dah pukul 1.17am.. tata.

Saturday 16 July 2011

Dajjal

Minggu lepas masa balik dari kerja, aku dengar radio..RMK (Radio Malaysia Kedah 97.5FM).. ada perbincangan dan soal jawab berkenaan turunnya Dajjal ke bumi. Seram sejuk bila dengar cerita ustaz yang berkenaan. Maklum la..nak baca sendiri tak faham pulak apa maksud terjemahan dalam Al-Quran..jadi harap dapat dengar dan cuba faham apa yg disampaikan oleh ustaz-ustaz yang berkenaan je la.

Ada masa lapang sikit ni aku cuba godek-godek encik GOOGLE..dan aku jumpa artikel ni..jom kita baca dan cuba perkukuhkan iman dalam diri sebelum turunnya Dajjal..Wallahualam..



Gambar sekadar hiasan.

Munculnya Dajjal Dari Gua Di Sebuah Pulau
Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya ‘Minal Munzharin’ seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah Al Munawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehingga kiamat nanti.

Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung. Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya . Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn ’syaqq’ manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan dengan makhluk² halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dgn jelas. (pernah terbaca sebuah buku..Kelahiran Dajjal -Dajjal di lahirkan dari sepasang suami isteri yang berjimak semasa isterinya dalam keadaan haid)
Sifat² Badannya
Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)

Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis² Rasulullah saw, diantaranya: Seorang yg kelihatannya masih muda ; Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan ; Rambutnya kerinting dan tebal . Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.

Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua:

Pertama : Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut,manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat .

Kedua: Tertulis didahinya tulisan ‘Kafir (Kaf-Fa-Ra)’. Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak.

Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yg terakhir ini belum ada pada dirinya.

Tempat Tinggalnya Sekarang

Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab ‘Shahih Muslim’, bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama ‘Al-Jassasah’. Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis.. anda boleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat ‘transitnya’ itu ialah di sebelah Timur bukan di Barat.

Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya: Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari sahaja . Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa . Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat
fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari.

Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan: Kami bertanya: ‘Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari² yg masih tinggal lagi (iaitu 37 hari) adalah sama seperti hari² kamu yg biasa. Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang..’

Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kita lakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyang Zohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.
Fitnah Dajjal
Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah:

1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akan mematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgn kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org² yg bersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan. Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan org² yg tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.

Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:
‘Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahai Rasulullah?’

Nabi menjawab:
‘Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil,bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.’ H.R Ibnu Majah

2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:
Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalah sebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Neraka dan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.

3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:
Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org² dahulu. Kalau hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagi daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuh dalam satu jam ‘… Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya diatas muka bumi ini?

Nabi menjawab:
‘Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan ‘Al Ghaist’ (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang.’ H.R Muslim.

Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islam iaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah .

4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:
Syaitan² juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.


Wallahu A'lam.

Tuesday 5 July 2011

Gejala Tidak Sihat

Mata merah berakar..
hidung berair..
kepala sakit, berdenyut-denyut..
tekak pedih..dan kadangkala terasa gatal..
badan panas..suhu lebih dari 37C..

Gejala tidak sihat..aku demam selsema. Berita tak baik, aku malas makan ubat sebab aku rasa nak mkn buah manggis. Bila makan buah manggis, boleh ke makan ubat..silap-silap kang mati kejung pulak..Jgn silap oii..esok la aku mkn ubat..Aku nak tido dgn puteri kesayangan pun takut..takut demam ni jgkit kat dia pulak..lagi kesian..Ni semua salah aircond..kalau tak sebab aircond..dah tntu hidung aku tak sebu..Aihh..aku nak salahkan sapa lagi ni..tido lg baik..

Monday 4 July 2011

Jom Tanam Pokok Anggur

Terujanya aku tengok pokok anggur kat Taman Anggur Perlis. Berjuntai-juntai buah, rasa macam kat negeri mat salleh pulak..heheh..Tapi mat salleh tak payah nak EX la ngan kita sebab kat Malaysia ni pun dan ramai orang tanam pokok anggur. Aku dah beli dan rasa buah anggur Perlis..manis jer..sedap..dan lebih segar dr anggur yg diimport. Sebenarnya aku nak bagitau, kat rumah aku pun ada pokok anggur..cuma pokok tu tamau berbuah lagi..saiz pun cekenit jer..tggu la 2-3 tahun lagi...
Ni anak pokok anggur masa mula-mula aku tanam. 
Encik suami dah buat para khas utk si pokok anggur menjalar..dan aku macam biasa, malas nak jaga tapi macam nak paksa jugak pokok tu suruh berbuah..Buah sulung nanti aku dah cuppp tau..heheh. Nanti aku tunjuk rupa pokok anggur aku tu yer.. tungguu..

Si Pencuri Kasut

Sedih ke bila hilang kasut? Aku? Sedih sikit la sebab kasut tu dah byk berjasa pada aku..tapi dah ditakdirkan aku akan dapat kasut baru..maka aku reda.. :-) korang pakai kasut saiz apa? Aku saiz Cinderella..chewah perasan gitu..saiz 4.. susah nak cari saiz, bila ada yang aku berkenan je saiz pulak tadak..mencik btl..Tu la, nak keluar pi kerja pagi tadi baru aku sedar kasut aku yg kiut miut tu dah tinggal sebelah jer. Apa kejadahnya nak curi kasut aku yang bau haprak hapak tu kan...








Agak-agak kalau kasut aku macam yg kat atas tu..ada tak orang nak curi ekk..wallahualam..