Kek ni sangat sedap..aku tak pasti dari mana resepi asal ni diambil. Aku terjumpa masa cari resepi kat rumah..dan aku olah ikut citarasa sendiri..dan hasilnya sangat memuaskan tekak aku sekeluarga..serta mendapat banyak pujian dari sanak saudara yang berkunjung masa hari raya lepas..
Aku tak pandai memasak..kek ni pun kebetulan jer sedap dan menjadi. Kalau nak dibandingkan kek aku dengan kek tukang2 masak yang handal2 tu..tak layak la aku..hehehe.. kek aku ni masih taraf bawahan lagi. Jadi kepada rakan2 yang nak mencuba tu..silakan yer..tapi kalau tak sedap..pandai2 la olah supaya jadi sedap ok..:-)
p/s : resepi menyusul lambat skit yer..aku asyik terlupa nak taip balik..raja M sedang berkuasa di dalam diri..huhu
Thursday, 15 September 2011
Projek BM @ Bread Maker
Assalamualaikum..
En. Suami hadiahkan akuBMW BM..@ bread maker..sungguh teruja.. Ni antara gambar2 roti yang aku buat. Cantik tau..kalau sesapa tengok nampak tak cantik..cepat2 p buat spek mata baru yer..dan lupa nak habaq..bukan setakat cantik..malah SEDAP..
En. Suami hadiahkan aku
Bawang besar dicincang halus.. |
Sardin |
Inti sardin yang dah siap dimasak. |
Roti Sardin |
Chicken Chop
Hai semua..hehe..aku berangan macam la ramai yang dok menjengah blog aku ni..Padahal aku sorang ja yang ada..Takpa, aku tulis blog ni untuk rujukan aku jugak nanti.Kadang2 bila kita masak atau buat sesuatu..tak selalu akan menjadi. Tapi bila time menjadi tu kita perlu buat sedikit catitan supaya tak lupa dan boleh ulang balik pada masa akan datang..Entry kali ni tiada resepi..cuma beberapa keping gambar untuk tatapan. Tapi JIKA ada rakan2 yang ingin bertanya sesuatu silakan la yer..Jom kita layannnnn...
Do it yourself..bukan susah sangat pun, cuma perlukan sedikit kerajinan jer..Tapi serius aku cakap..lebih puas makan berbanding kat kedai.. Ok jumpa lagi. :-))
Saturday, 10 September 2011
Suamiku Romantik
Di suatu petang yang damai..lokasi tidak menjadi rahsia..
Carefour pulau pinang..
aku dan encik suami melakukan aktiviti biasa..
melawat supermarket..
Sampai di satu sudut..perjalananku terhenti seketika..
Aku tinggalkan en. suami bersama2 troli yang separuh penuh..
lantas mencari peluang untuk bersendiri..
Tiba2 en. suami muncul dari arah belakang..
Ayang nak beli bunga?..soalnya padaku..
Aku diam..kemudian bersuara.."dah lama abg tak bg bunga kat ayg"..
"Hm..ya kan"..balas en. suami..
Aku masih leka melihat bunga2 ros yang cantik..berwarna warni..
"Pilihlah mana yg ayg nak"..
Aku terus melihat 1 demi 1 pasu yg ada..semua cantik fikirku..
Akhirnya aku berjaya memilih satu yg berkenan di hati..
Spesis ros yg tidak berbau...atau aku yg tak bau..sbb selsema.. |
Sambil bergerak ke kaunter bayaran..en. suami bersuara..
"ayg mintak bunga..abg bg pokok bunga...tahan lagi lama"..
Ya tak ya jugak..aku setuju dengan pendapatnya..
Pokok ni akan kubaja dan kusiram dengan sebaiknya...Terima kasih en. suami..
Subscribe to:
Posts (Atom)